Pages

Thursday, July 1, 2010

Apa kelebihannya???


Teringat seketika dulu 12tahun yang lepas...
Semuanya nak belajar tapi xtau nak pilih yg mana satu...
Nasib baiklah aku berfikir dulu sebelum buat keputusan kalau tidak mesti padah akan menimpa...
Kenapa yea? Yealah kalau salah pembawakan diri sendiri yang akan merana bukan main2 benda nie walaupun nampak biasa...
Ilmu persilatan nie akan jadi sebati dalam jiwa raga kita...
Alhamdulillah aku memilih Gayung Fatani sebagai pertahanan diri ku...
Pergerakan nya menarik minat ku kerana guru yang mengajar mengikut cara lama...
Lebih menarik cara permainan nya bak kata orang nie silat untuk orang kahwin... haha
Apapun banyak yang tersurat dan tersirat dalam pergerakan...
Segala kunci mati ada cara nak di bukanya itulah kelebihan Gayung Fatani...
Gayanya nampak lembut tapi amat mendalam kesannya...
Tiada memuja orang atau pun binatang atau rasukan dalam pembelajaran hanya menggunakan ayat Al-Quran...
Seronok berlatih kat gelanggang surau au2 keramat...
Bila kenang kembali tak sabar rasanya nak turun lagi gelanggang...
Tapi guru dah berpindah duduk Kajang tak dapatlah tunaikan hasrat...
Setelah tamat belajar siap buka gelanggang sendiri dan mengajar budak... hehe

Walaupun dah 12tahun berlalu memori ku tetap bersama...
Awal tahun ni aku terasa ingin mencari guru dan kawan2 seperguruan untuk turun gelanggang tapi hampa kerana tak jumpa seorang pun... huhu
Tapi semalam mungkin tuhan nak temukan jodoh kembali, aku ternampak gambar orang bersilat dalam FB rupanya kwn2 silat aku dah mula turun balik gelanggang.. hehe
Semangat yang membara untuk turun ke gelanggang dah muncul kembali...
Aku akan bersama korang tak lama lagi...
Inilah dunia pendekar Silat Gayung Fatani...